Ku tidak rasa jemu menunggu panggilan mu.
Ku tetap menunggu sms mu.
Ku tetap menunggu sms mu.
Namun, segala penantian ini sehingga kini masih belum berakhir
Kerana ku tetap belum terima khabar berita dari mu.
Memandang muka telefon ku membuat hatiku semakin pilu.
Apakah salah silap ku sehingga ku dibiarkan meneruskan hidup ku ini sendirian?
Mengapa kau pergi secara tiba-tiba?
Mengenang memori kita bersama beberapa tahun dahulu, kau lah yang banyak mendorong aku:
di masa ku memerlukan seseorang,
di masa ku tidak larat melangkah lagi dalam perjalanan hidup ku,
di masa ku memerlukan tangan seorang insan yang dapat memimpin ku,
di masa ku amat memerlukan pelukkan kasih yang dapat mengalirkan air mata ku yang sentiasa tergenang di kelopak mata ku ini
dan hanya kau lah yang dapat memberikan semua ini dalam hidup ku.
Namun, kini kau tinggalkan ku seorang diri. Menerokai hidupku sendirian. Meraba masa depan ku di alam yang gelap. Ku cuba mencapai tangan mu, tapi ku hanya dapat merasakan kegelapan. Ku bagaikan seorang insan yang lebih buta daripada mereka yang cacat penglihatan.
Di hari ku bersedirian, akan ku membuka memori ku, melihat apa yang pernah kita lalui. Dan ku cuba mencari, APA SILAP KU! Seandainya boleh, ku ingin menjerit sekuat-kuat hatiku! Namun, bibirku tetap terkunci.
Hanya Dia memahami, betapa perit dan pilunya hati ku ini. Bagaikan kesakitan yang tidak bertandakan noktah.
Hanya Dia juga yang memahami, betapa banyak tanda-tanda soal di dalam benak ku ini. Sehingga kini, soalannya masih tidak terjawab. Bagaikan teka-teki yang tidak mungkin terungkai sudah.
Mungkinkah ku telah melukakan hati mu tanpa ku sedari?
Mungkinkah selama ini ku membebani hidup mu?
Mungkinkah kau menemui ruang hidup mu yang lebih baik tanpa ku?
Mungkinkah....
Segala kemungkinan tidak mungkin terjawab tanpa mu menghadiri hidup ku semula.
Dan sebab itulah...
KU TETAP MENANTI
(p/s: watak di dalam gambar tidak saling berkaitan dengan cerita di atas. gambar tersebut hanyalah panduan memberi gambaran kepada anda)
No comments:
Post a Comment