Ikan di dalam kolam tu kelihatan berlengar-lengar di ruang sempit ni.
Makanan mereka ku tabur di atas permukaan air tu.
Kelihatan air itu berkuak...
Kemudian, ku duduk di pinggir tu menikmati tingkah laku mereka.
Alangkah bagusnya aku menjadi seperti mereka.
Main dalam air, makan, renang ke hulu ke hilir, pastu.. tidur.
Apa- apa pun tak perlu dibimbang kan.
Cuma kena bimbang bila tarikh mati mereka dah sampai, kita baham daging mereka.
Tapi apa boleh kita buat.
Maklumlah, dah jadi lumrah hidup kita. Orang putih kata "circle of life".
Ha! Kita pun main pusing-pusing la... I eat you, you eat me...
Eh eh.... Bukannya maksud kita makan sesama manusia.... Lah~~ Kita bukannya orang Mauri.
Kalau macam tu, mungkin tak manusia ini akan pupus?
Hahaha.. Tapi, lupakan lah...
"I eat you, you eat me" secara tersiratnya, itu melambangkan kerakusan manusia ni.
Dah la sama spesis...
Tapi mau buli sesama sendiri.
Ajaran nenek moyang kita, pun kita dah lupa.
Apa nak jadi ni?
Oh manusia.... You dengan aku pun sama.
Kita main pusing-pusing dalam dunia. Kitaran hidup.
Pada zaman dahulu, atuk nenek kita suka saling tolong menolong.
Apabila kawan ada masalah, atuk nenek kita pergi tolong.
Tak kira warna kulit, bangsa.
Tetapi, pada suatu hari, lahirlah wang.
Atuk nenek itu pun mula menyayangi wang itu.
Kasih dan sayang yang mengunung dilimpahkan pada wang.
Hidup atuk nenek kini cuma mereka bertiga.
Wang tu bagaikan intan berlian mereka.
Hinggakan pada suatu hari, wang telah hilangkan diri.
Resah pulak atuk nenek tu.
Mulalah pencarian wang.
Naik gunung, turun bukit, masuk laut, keluar sungai...
Namun hampa juga.
Bayang-bayang pun tidak ada.
Jiran-jiran atuk nenek pun mula lah menghulurkan bantuan.
Akhirnya, tak jumpa jugak.
Atuk nenek tak percaya wang akan hilang begitu sahaja.
Mulalah atuk nenek itu membuat kesimpluan mereka sendiri.
Disangkalkan pula wang itu dicuri orang.
Disangkalkan jiran jiran mereka yang melakukannya.
Mula lah perangai mereka berubah.
Hati menjadi sehitam arang.
Kampung mereka menjadi tidak tenteram.
Semua jiran itu menjadi suspek.
Ditengking, di geledah rumah mereka.
Atuk nenek yang dulu pun telah ghaib.
Atuk nenek sekarang bagaikan hilang panduan hidup sebenar.
Ajaran, agama, teladan, sikap positif telah mereka kuburkan.
Tingkah laku atuk nenek itu telah merebak ke seluruh kampung.
Semua penduduk sudah tidak saling percaya mempercayai.
Semuanya kerana wang.
Hidup mereka menjadi hilang panduan original dahulu kala.
Semua kerana kemunculan wang.
Mereka saling tidak mempercayai satu sama lain.
Wang muncul secara tiba tiba setelah sekian lama menghilangkan diri.
Mengetahui betapa bernilainya wang, pak cik yang jumpa dia tu simpan lah dia.
Mana tau, atuk nenek tu mendapat berita itu terus meluru ke rumahnya.
Tapi, pak cik tu memberikan syaratnya...
Kalau nak wang, nak jumpa wang, jadilah hamba abdi....
Kerana terlalu menyayangi wang, atuk nenek pun bersetuju la.
Begitulah kisahnya... Ah... Hari pun dah malap... Penat pinggul ku duduk lama lama bercerita ni...
Nyamuk banyak pulak tu... Dah! I mau beristirehat dalam rumah. Tunggu la bila ada idea i cerita lagi lah...
Apr 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment